Total Pageviews

Tuesday, August 23, 2011

“........melaporkan dalam keadaan baik dan terkawal”


     Melihat tajuk ini pasti anda bertanya tanya apa yang aku nak tulis kali ini kan?.Sebenarnya ayat ini top dalam setiap laporan para pengawal keselamatan di seluruh malaysia.Aku nak ajak korang selami satu lagi skop profesion yang terlibat dalam HANRUH tapi dipandang rendah tarafnya malah langsung tak diambil tahu dalam kalangan anda sendiri.....Apa yang baik dan terkawal pun aku tak tahu sebenarnya jika dilihat dalam senario hari ini.
         Berdasarkan maklumat yang disalurkan kepada aku melalui email bahkan seorang individu yang sama sama satu sekolah yang kini berkhidmat dalam PDRM bernama Joe banyak membantu aku dalam penyediaan artikel ini....kreadit ucapan terima kasih kepada joe...
   Amat mengejutkan apabila dikatakan majoriti pengawal keselamatan di malaysia terutama di kawasan selangor dan kuala lumpur terdiri dari bekas banduan,bekas tahanan pusat pemulihan dadah dan pendatang asing tanpa izin(PATI).Terkejut juga aku......tapi secara logik pun kita dapat kesan dengan kronologi kejadian dan laporan2 dalam media akan jenayah yang dilakukan oleh “pak guard”..Bukankah pelik apa bila ia dilakukan disebuah organisasi dibawah pemantauan Kementerian dalam negeri(KDN)?,mana dia kesedaran sivik oleh pemilik syarikat kawalan keselamatan?,mana dia kesensitifan pihak pengupah?,apa fungsinya suruhanjaya pencegahan jenayah?,mana dia suara penganalisis jenayah?.
   Dalam mesej2 dan email2 yang dihantar kepada aku,aku dah kaji dan ia ada logik dan tepat! Antaranya cuba lihat semenjak dua menjak kebelakangan ini dimana jenayah dilakukan oleh “pak guard” iaitu:-
  a)tahun 1990an,dimana seorang “pak guard” didakwa dan didapati bersalah dalam kes bunuh terhadap seorang kakitangan sekolah tempat dia ditugaskan.Dalam kes itu “pak guard” terbabit telah membunuh petugas wanita di sekolah terbabai dimana mayat mangsa dibuang dalam lubang pembentungan najis berdekatan sekolah yang menempatkan mangsa dan penjenayah berkerja.
   b)Diawal tahun 2011 ini, seorang gadis dibunuh oleh “pak guard” dimana ia berlaku di Johor,mangsa dibunuh dan dibakar!.
  c)Seorang wanita yang juga pegawai jabatan veterinar,telah dibunuh didalam apartmentnya,suspek merupakan seorang anggota tentera yang lari dari tugas ,dan seorang “pak guard'”!
  d)27 jun 2011,di Pulau Pinang terjadinya kes rompak dimana 4 suspek ditahan,seorang remaja bawah umur, seoarang anggota PDRM yang digantung tugas,seorang penjaga parking kereta,dan seorang adalah “pak guard' yang PERNAH MEMILIKI REKOD JENAYAH ROMPAK!.

Betapa “CEKAP'”nya Kementerian Dalam Negeri,dan “KETAT”nya undang undang dan syarat yang patut diikuti oleh syarikat kawalan keselamatan yang telah ditetapkan oleh KDN....kalau begini selamatkah keadaannya?tercapaikah misi dan visi KDN untuk mendukung PERTAHANAN MENYELURUH? Jika dibiarkan kerja sebagai “pak guard” dikuasai oleh bekas banduan, bekas pesalah jenayah dadah dan PATI yang tak punyai rekod diri dalam data simpanan pihak imegresen?????....
Dengan seloroh,Joe sendiri pernah terlibat dengan banyak serbuan ke asrama asrama “pak guard”dan dapati mereka bekas banduan dan penagih yang dilakukan oleh anggota balai polis tempat Joe berkerja....dan dia juga pernah mendengar satu kes dimana sebuah syarikat kawalan keselamatan di Bangsar KL telah mengaji seorang anggota tentera yang lari dari tugas(ABSENT)....
Masa menaip artikel ni aku tergelak jugak apabila melihat “tikus membaiki labu”.........

**waktu artikel ni aku tulis,kakak aku di damansara ada “cer” tentang “pak guard”....

No comments:

Post a Comment