Total Pageviews

Tuesday, May 10, 2011

Indonesia mula buat hal………

  
     Indonesia telah menghukum nelayan Malaysia yang ditahan di ‘perairan indonesia’ dengan   penjara 30 bulan  wajar dipertikaikan.Ini kerana masalah sempadan perairan di selat Melaka sebenarnya ditimbulkan oleh Indonesia sendiri apabila mereka menguatkuasakan kawasan perikanan dalam ZEE mereka dengan mewartakan undang2 yang tidak pernah disepakati dengan Malaysia walaupun ia melibatkan pertindihan kawasan sempadan.
    Indonesia merujuk kepada istilah adil dan situasi menang menang yang disarankan oleh United  Nation Convention on Law of The sea(UNCLOS) dalam mengistiarkan ZEEnya.Maka dengan itu,mereka menetapkan kawasan perairan dan wilayah hasil laut mereka di Selat Melaka adalah mengunjur hingga ke titik tengah antara Sumatera dan Semenanjung Malaysia,melampaui sempadan Malaysia sediaada yang mengikut alur terdalam selat Melaka seperti yang dipersetujui pada 1969.
   Inilah yang mengakibatkan pertindihan kawasan perairan yang bakal menyaksikan lebih ramai nelayan Negara ini bakal ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia kerana kekeliruan.Jajaran alur terdalam selat Melaka lebih hamper dengan sumatera di bahagian utara dan sebaliknya lebih hamper dengan semenanjung Malaysia dibahagian selatan.Ini membuatkan perairan Malaysia secara rasminya lebih lebar dibahagian utara dan lebih sempit di bahagian selatan.
    Penetapan ZEE oleh Indonesia ini membuatkan sebahagian kawasan barat perairan Negara ini di bahagian utara Selangor  sehingga kedah telah dianggap sebagai kawasan mereka. Menurut perisikan,mereka mendakwa bahawa semua hasil laut di zon bertindih ini adalah milik mereka ,Malaysia melalui   sempadan yang dipersetujui pada 1969 hanya berhak ke atas hasil bawah lantai laut contohnya petroleum dan gas(jika ada).Mereka telah menguatkuasakan peraturan yang membawa kepada rampasan keatas 2 bot nelayan Malaysia pada 8 april lalu.
   Bukan  itu  sahaja, penguatkuasa marin Indonesia  juga dengan angkuh mengacukan muncung  senjata kearah helicopter milik  Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang tiba di lokasi setelah menerima laporan penahan bot nelayan Malaysia tersebut.
   Indonesia telah mewartakan  peraturan menteri (PERMEN) kelautan dan perikanan NU 1/2009 mengenai Wilayah Pengelolaan Perikanan dengan memasukan kawasan yang dipertikaikan  ini sebagai suautu yang sahhukumnya tanpa berunding  dengan Malaysia(segaja dilakukan untuk provokasi Malaysia dan uji kesabaran Malaysia).
 Persoalannya, kenapa kaedah titik tengah ini tak diamalkan di selat Melaka yang lautnya dikawasan Indonesia lebih luas?apakah dalam penangkapa tersebut Indonesia masih berpegang pada perjanjian 1969 serta mengabaikan justifikasi mengikut UNCLOS yang mereka gunakan di utara selat Melaka?.
    Jika benar, Malaysia dirugikan oleh sikap Indonesia yang tak konsisten dan segaja berniat melebarkan perairan di wilayah lautnya yang didapati sempit bertopengkan saranan konvesyen antarabangsa!pakah Indonesia bersikap jujur ? dan apakah media Indonesia sedar bahawa mereka tak cukup telus dan terbuka kononnya demokrasi?dan jika  dikaji nelayan nelayan Malaysia itu dianiayai, apakah untuk menekan Malaysia? Bagaimana jika Malaysia membalas tindakan serupa malah menangkap PATI Indonesia lebih kerap, dan hantar mereka di tengah lautan sempadan Malaysia Indonesia? Terpulang samaada pihak Indonesia mahu sediakan kapal untuk terima rakyat mereka atau PATI  tersebut mati dilau kerana dibuang ditengah sempadan perairan?fikir fikir kan…..
  

No comments:

Post a Comment