Assalamualaikum, kali ini aku mahu meluahkan pendapat mengenai ATM iaitu permasalahan yang sekian lama menghantui tunjang utama negara.Negara kita sebenarnya kurang tenaga tentera semenjak sekian lama akibat banyak halangan termasuk budget yang tak mencukupi.Hari hari ini dikatakan bahawa kekuatan kiata adalah 85000 anggota tentera dari ke tiga2 cabang iaitu laut, udara dan darat yang siap siaga perang bila bila masa.Jumlah ini jauh berbeza dari jumlah anggota singapura SAF......
Aku terfikir dimana salah silapnya? apa apa yang menghairankan walaupun begitu kerajaan kita tidak amalkan pendekatan yang amat fleksibel bagi membesarkan jumlah keanggotaan, atau pun ia tak penting kerana kita masih miliki tentera dari negara sahabat terutama negara negara komanwel?????????.Rasa rasanya kenapa kita tak kembali mengamalkan cara TUN MAHATHIR suatu ketika dahulu yang mengerahkan pemuda2 dan pemudi2 yang tak berkerja sebagai tentera kontrak iaitu tentera kerahan pasa tahun 1980an???????.
Aku juga hairan kenapa dalam pengambilan anggota rekrut baru, sijil yang paling minima adalah SPM?apakah dalam SPM adanya pelajaran tentang ketenteraan??.ini sekali gus menutup peluang bagi pemegabng sijil PMR menyertai ATM atau PDRM bukan?.Apakah kerajaan tak sedar langsung bahawa kebanyakan generasi muda bumiputera bukan melayu si sabah ,sarawak atau orang asli semenanjung tak bersekolah tinggi.....lagi pun secara fizikal, ketahanan fizikal golongan ini amat tinggi sehinggakan ia amat ketara apabila kebanyakan yang lulus dalam latihan asas komando adalah dari golongan bumiputera bukan melayu......
Kerajaan tak sedar bahawa penyertaan dari kaum cina dan india kurang mengalakkan kerana generasi kaum cina dan india mahu berbakti pada negara melalui bidang lain......jadi mansuhkan lah sijil minima dalam pengambilan rekrut baru dan kembali pada sekurang kurangnya PMR.....lagi pun didalam perkhidmatan tentera nanti bukan kah mereka dapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi lagi?????.
Disini aku mahu syorkan, bagi mana mana rekrut yang gagal dalam pengambilan tentera, sebaiknya mereka diserapkan kedalam wataniah.....dan bagi yang gagal juga dalam pengambilan wataniah maka secara aotomatiknya mereka diserap dalam platoon RELA di kawasan asal masing masing sekali gus mempercepatkan sasaran kerajaan mencapai jumlah 2 juta sukarelawan RELA.....
Sepatutnya kerajaan mengambil tindakan seperti mana pihak british dahulu dalam mengambil rekrut baru dimasa lampau,dimana british meredah huatan belantara ke tempat perkampungan bumiputera bukan melayu untuk mendapatkan tenaga baru tentera......bukan sekadar menyiarkan pengambilan melali akhbar2, tv2 atau siaran radio.....lagipun bukan semua mendapat kemudahan 2 tersebut bukan?????,.
Ini adalah cara menyelesaikan permasalahan yang negara kita hadapi dari cara pandangan aku, lagipun keadaan dunia sekarang semakin bergolak, apakah bila sudah terjadi perang suatu hari nanti baru kerajaan nak terhengeh2 memakai sukarelawan tak terlatih atau tentera tangkap muat?????
fikir fikir kan lah..........
No comments:
Post a Comment