Total Pageviews

Wednesday, February 16, 2011

sejarah dan keberanian batalion ke 7 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA

                      Kebolehan dan keutuhan anak anak melayu mempertahankan tanahair sudah memang tidak boleh disangkal sama sekali.Sebanyak enam battalion  askar melayu ditubuhkan,satu lagi battalion ditubuhkan iaitu battalion ketujuh RAMD.Batalion ini ditubuhkan pada 1 oktober1953 bertempat di Port Dickson ,seawall penubuhannya  ia di anggotai oleh pegawai pegawai dan angota anggota battalion pertama,ke 2, ke3,dan ke5 ketumbukan askar melayu
                      
                           Keadaan Negara pada masa itu amat genting dimana zaman darurat berlaku,Negara memerlukan tenaga tempur tempatan yang standing untuk mengembalikan keamanan dan kedaulatan Negara.Walaupun masih muda,mereka telah  bertungkus lumus ,hasilnya setelah 3 bulan ditubuhkan,pasukan ini telah diiktiraf sebagai battalion secara rasmi pada 14 januari 1954.Dibawah pemerintahan pegawai memerintah pertamanya,iaitu Lt Kol A.Gordon MC dari 7th Highland Regiment Light Infantry,battalion ini terus diserap dalam operasi  insurgensi

                         Sawaktu membenteras musuh musuh, pada September 1956,Lt Mohammed bin Hashim telah menawan 2 anggota musuh dan dianugerahkan “Military Medal”.Bagi megenang jasa  jasanya, pasukan ini telah dianugerahkan Panji Panji Rejimen pada 30 ogos 1956 oleh Sultan Kelantan sewaktu itu.Pegawai muda yang diberi penghormatan untuk menerima panji panji iailah LT Muda Mahmood bin Sulaiman.16 febuari 1962,pasukan ini ditugasjkan dibawah panji panji  Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB dalam misi Congo dan kembali ke tanah air pada 17 febuari 1963,Setiausaha PBB sewaktu itu adalah Mr U Thant telah mengirim surat ucapan terimakasih dan memuji perajurit2 dalam pasukan terbabit diatas sumbangan dalam misi Congo.
                                         Pada 17 febuari 1966, battalion ini telah diberi tugas memainkan peranan dalam pertahankan Malaysia,pasukan ini bergerak ke Tawau Sabah menghadapi konfrantasi Malaysia Indonesia.Perkhidmatan di sabah ini memakan masa  3 tahun iaitu sehingga disember 1968.Sepanjang menjalankan operasi gerakan, seorang lagi wira gagah telah muncul dalam battalion ini.Mejar Ismail  bin Ghows yang telah menawan 8 pengganas TNKU, diatas kejayaan ini beliau dianugerahkan Pingat Gagah Berani.





atas 

No comments:

Post a Comment