Total Pageviews

Wednesday, June 22, 2011

Apabila ATM dicabar oleh indonesia....


 Pada artikel kali ini,tak perlulah aku nak berkias kias lagi.Sebenarnya dalam hal hubungan 2 hala antara kita dan indonesia hanya harap pada hubungan kesefahaman angkatn tentera kedua dua negara,jika salah satu nya terikut “emo” maka sejarah konfrantasi tak dapat di elakkan.
Sebenarnya,didalam TNI sendiri ada yang sudahpun “emo” dan mereka segaja membakar hati seluruh isi RI,namun mereka masih lagi dalam membuat akaun kira kira akan peperangan yang akan terjadi,antara faktor yang mereka ambil kira adalah:-
a)Angkatan bersama Perjanjian Pertahanan Lima negara.
b)Kebolehan dalam angkatan tentera malaysia.

Disini dalam hal pertama iaiatu (a) tak perlu dibuka,namun amat menarik jika (b)dikupaskan.....
Indonesia sebenarnya amat risau akan peperangan dua negara ini dimana jika diukur secara halus,mereka mendapati mereka tak boleh menandingi ATM secara “single”...
a)Agak gempar apabila peristiwa dimana “600 komando malaysia siap gempur SERB jika tiada negara mahu bantu islam Bosnia”dimana jika kita ambil dari pihak ketiga iaiatu negara eropah,ia bukan lagi rahsia malah pernah panas satu ketika dan didukung oleh adanya fail fail bertajuk “
Intelligence and the war in Bosnia 1992 – 1995”-penulisan Dr. Cees Wiebes

b)Sewaktu proses damai antara G.A.M dan TNI dahulu, dimana malaysia menjadi pihak monitor,ada juga terjadi perselisihan kerana dikatakan bahawa malaysia melatih pejuang G.A.M ,kononnya terjumpanya celoreng ATM didalam kubu GAM,namun ia tidak dapat dibuktikan oleh pihak indonesia malahan malaysia dan GAM menafikan ,namun pada febuari 2010 hal ini terjadi lagi dimana terjumpanya “dokumen, wang dan beberapa pasang pakaian seragam yang mirip dengan pakaian tentera Malaysia.”Hal ini masih panas sehingga kini,ini kerana “point” bagi indonesia adalah “sensitif” orang malaysia soal hal islam dan pejuangan islam.
c)Pada 2004,satu kes yang melibatkan 5 anggota tentera malaysia yang dituduh menyusup ke thailand pernah menjadi topik panas, hal ini juga kecoh dikalangan singapura, jika dilihat disini peristiwa ini melihatkan kemampuan dan taktik diguna pakai ATM,jika hal ini benar benar berlaku, sudah pasti ATM akan menjadi paasukan yang paling digeruni dalam ops sulit.Beberapa akhbar juga dikatakan pada waktu itu menjadikan isu itu sebagai pelaris majalah masing masing.
d)Indonesia juga sedar bahawa walaupun secara logiknya, selepas insurgensi kedua PKM tamat, tiada lagi peperangan oleh ATM,namun mereka juga ambil kira akan penglibatan ATM dalam misi PBB sera NATO ISAF serta operasi operasi lain ,dimana mereka sedar setiap misi disertai ATM berisiko berkeadaan peperangan secara tak langsung warga ATM didedahkan kepada situasi sebenar peperangan.tidak seperti TNI yang terpaksa mencipta peperangan dalam negara sendiri disebalik konflik maluku, dan Sampit.

Warga malaysia juga dipuji kerana malas atau “pasif”dalam debat debat tentera antara malaysia dan indonesia dimana mana forum cyberwar kedua dua negara,disini dapat saya kupaskan “cerita “ menarik dari pihak TNI tentang ATM:-
a)Peristiwadimana seorang WNI dibelasah oleh anggota ATM,malah dilaporkan dalam kes itu, seorang anggota TNI turut membelasah WNI itu.Hal ini dikatakan terjadi di sempadan darat antara kalimantan timur dan Sabah.
b)Pihak TNI angkatan udaranya pernah kelam kabut, dimana kononnya pihak awam mereka yang ada dalam daerah tawau memberitahu kepada mereka kononnya pihak TUDM ada meletakkan jet pejuang di lapangan terbang tawau, apapun motif kenyataan pihak TNI-AU itu menunjukkan bahawa kalangan TNI sendiri sudah “emo” hal ini disokong oleh warga indonesia di sabah dan kawasan berdekatan kalimantan timur_kenyataan bodoh pegawai TNI-AU ada dilaporkan dalam satu akhbar indonesia iaiatu VIVANEWS.
c)Didalam satu laporan iaitu http://www.dephan.go.id/modules.php?name=Feedback&op=printpage&opid=221 nampak akan kerisauan indonesia dan TNI dimana mereka sentisa memfokuskan ATM berbanding angkatan tentera jiran lain dimana disini dilihat musuh setandin TNI adaah ATM.....

Dalam konteks pemikiran stategi peperangan,jika hal hal ini benar benar berlaku,indonesia sebenarnya “takut “akan pemintasan ATM mahupun malaysia.Mereka berfikir apa yang berlaku ini dimana rakyat malaysia masih “pasif “ akan hal tentera mereka, jika ia berlaku dimana rakyat malaysia mulai aktif dalam perihal tentera malaysia seperti rakyat singapura pada SAF atau rakyat indonesia dalam hal TNI maka reputasi ATM akan mendadak naik tanpa toleh belakang !.-sedangkan sewaktu zaman pemerintahan Megawati sendiri gagal menjadi atau ikut jejak langkah bapanya,jika ada pun dia sebut ganyang malaysia adalah sebalik agensi berita yang dinaunginya atau bekas bekas askar pencen serta askar yang berpangkat rendah dalam TNI.

No comments:

Post a Comment