Total Pageviews

Thursday, June 9, 2011

BONGKAR jangan TAK BONGKAR!!!!



Ini satu lagi hal yang ramai rakyat malaysia tak sedar,kecuali penduduk Sabah,para politiknya tutup mata tak kira dipihak mana mereka berdiri.Tak payahlah nak cakap.biar aku sebutkan dan kupas hal ini.Aku ambil dalam kawasan daerah tawau sabah sahaja,antara nama nama kawasan yang femes mengalahkan los angeles tu.....Kg batu emapat kg air,kampung hidayat batu empat, kongsi lapan,Kg seri menanti,Kg airprt lama,Kg tanah haram muhibbah,Kg titingan(@ ICEBOX),KG hilltop,Kg Tanah merah tjg batu,Kg Butun tjg batu,Kg vietnam Tnj batu,Kg pukat tjg batu,Logpond tjg batu laut,Kg pasir putih,Kg jalan damai,dan melambak lambak ! Ini semua area tawau!.

Apa yang melucukan kawasan kawasan perkampungan haram ni sama macam penenmpatan haram israel,cepat membesar......dan ia terletak berdekatan rumah ahli politik!dan berdekatkan serta kepung kem kem tentera di tawau seperti kem kukusan dan kem kabota!....alahai......apa dah jadi wei???????????oh!tak apa !ia tak berbahaya.....betul kah?....

Kat bawah aku senaraikan nama nama kumpulan haram tahap mafia yakuza yang secara sahnya mengalahkan rekod Geng 08,Al maunah,Geng 13(mat komando)dan seangkatan dengannya....
-Bompatue
-RSM-remaja seri menanti
-besi buruk
-kopi blues
-bugis blues
-Amuk
-pasar
-Dataran
-MCR
-Rombengan
-Kreator
-apache
-karisma
-KRK
dan banyak lagi puluhan jumlahnya.......

Aku pelik kenapa hal ini tak mahu dihapuskan secara serius?.memanglah pihak polis tawau ada buat ''rush'' tapi skala kecil sahaja.apa orang cakap?? --sekadar ada kes untuk direkod--.Akibatnyarakyat tempatan dan warganegara jadi trauma,disini aku nak bukak beberapa kes yang realiti aku lihat sepanjang aku ditawau.....harap harap selepas ini ada tindakan untuk hancurkan mereka.
a)Pergaduhan besar Bandar Ramai Ramai sandakan-hal ini berlaku pada hujung 1990an,2 kumpulan terbesar yang terlibat adalah MATADOR(maju tanpa dorongan) serta REMBO(Remaja Bone) walaupun ia berlaku di kawasan malaysia namun kedua dua kumpulan ini bermula dari indonesia REMBO tetap REMBO manakala MATADOR pula adalah pecahan dari satu kumpulan bekas tentera indonesia PASKHAS aiatu Kompi Seven,kompi seven ini pulak berpecah dan separuhnya menubuhkan sayap baru iaiatu GERLIN(Gerakan Lincah),di sandakan dan tawau malaysia sepihan Kompi seven dan GERLIN bergabung menjadi MATADOR.Dalam pegaduhan di bandar ramai ramai,banyak cedera dan mati di kedua dua pihak terlibat.
b)Pembunuhan diDataran tawau(awal 2003)-Hal ini pernah masuk akhbar tempatan iaiatu BorneoPost.Dalam hal ini 5 remaja diserang puluhan samcseng dari gabungan Rombengan dan Kreator kedua dua sari kg Titingan jambatan 9,manakala 5 remaja(kumpulan kecil yang diserang )bergelar Besi Buruk iaiatu dari Kg tjg Batu Tengah yang terletak betul betul belakang kem Kukusan.Dalam hal ini seorang mati dan ramai cedera,apa yang menghairankan walaupun pihak polis berjaya tahan mereka terlibat namun kumpulan besar itu dibebaskan tanpa naik makhamah,ada mendakwa pihak berpengaruh di tawau terlibat!
c)Kumpulan Amuk mengamuk! -Ini tak ada kena mengena dengan band AMUK@Bandi,namun di tawau terdapat satu kumpulan bergelar amuk, setiap pertempuran dan pergaduhan kumpulan ini akan mengunakan senjata berbahaya seperti anak panah,ia digelar PITIK,RED INDIAN TARGET atau FLYFUTHER dimana ia dibuat mengunakan paku dan tali rapia.....salah satu kes mereka adalah pembunuhan seoarang remaja dari kumpulan Pasar,dan pihak Amuk ditahan dan individu2 tersebut sudahpun dijatuh hukum makhamah.....
DAn banyak lagi kes,paling best kalau nak rasai pengalaman tempur(bagi semua rekrut askar)bolehlah menikmatinya di bandar tawau apabila setiap kali malam kemerdekaan atau sambutan tahun baru....gerenti puas hati.... percaya?tanya pada oarang2 semenanjung yang pernah menetap di tawau!Kalau nak tahu banyak kumpulan dan pergaduhan adalah dari mereka mereka yang tinggal di penempatan haram kawasan tawau!
Secara logiknya apa rasional atau alasan penempatan2 ini dibiarkan?adapun perkhabaran untuk merobohkan umpama cerita penglipur lara dikala pemilihanraya, tapi selepas iatu?HARAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!antaranya adalah Kg titingan....dikawasa kawasan ini lah kerapnya berlaku:-
-pergaduhan membawa kematian
-kes penyambungan haram air dan elektrik
-pusat penyeludupan barang seludup
-jenayah ugut,ragut dan wang perlindungan.
-pengedaran dadah jenis syabu atau nama topnya ICE....atau BATU

Semua ini berlaku berleluasa kerana mereka merasa kebal,kerana adanya politikus tamak,kaki suap dalam kalangan penjawat awam.,kawalan tak ketat serta undang undang tak serius.Hal2 seperti ini boleh dibenteras secara agresif serta bersepadu dan berterusan,dalam otak aku ada cadangan yang aku rasa betul iaitu:-
-menukar semua penjawat awam yang lam bertugas dikawasan tawau serta yang ada saudara mara di kawasan tempatan.
-merobohkan semua penempatan haram dan kumpul mereka di kawasan disediakan dan dikenakan sewa, atau hantar balik kenegara mereka!
-setiap kali operasi benteras pendatang haram disertai oleh semua pihak penjawat awam dan paling penting disertai pihak tentera,serta wataniah!.
-arahkan pihak tentera darat, wataniah dan RELA hantar perisik dikawasan penempatan haram untuk kumpul maklumat.
-setiap aduan awam tentang PATI atau penyeludupan segera diambil tindakan.
-Sprm mainkan peranan!.
-pihak bekalan air dan elektrik buat operasi pemotongan dan dakwa mana mana penduduk tempatan yang benarkan buat penyambungan bekalan haram.
-setiap operasi penangkapan pendatang dibuat kerap dan mengejut!.
-semua ketua kampung yang asal dari indonesia ditamaytkan perkhidmatan kerana mereka inipenyumbang kepada besar kepala dalam golongan suku sakat haram!.
-peguam dan hakim sila rajin berkerja dan cepatkan proses penghakiman!
-pihak punya tanah sila guna otak,jangan benarkan ada penempatan haram di tanah masing masing.
-KUATKUASAKAN UNDANG UNDANG!!!!!!!

Apabila semua ini dilaksanakan,bukankah yang untung adalah kerajaan dan rakyat?dari segi soiologi,sosiobudaya,ekonomi....ini juga dapat menaikan semangat orang tempatan dan warganegara malaysia(ingat orang sana tak macam anak muda di semenanjung)

Utamakan orang luar buat apa?bukankah rakyat tempatan dan warganegara yang mengundi?maka utamakan rakyat sendiri barulah konsep “rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” selari dengan konsep CEGAH RINTANG-PERTAHANAN MENYELURUH!(jangan cakap hal ini tak ada kena mengena.Sekali gus ini dapat menyumbang pada pendapatan negara dan menaikan taraf hidup rakyat, barulah boleh semua penjawat awam mintak naik gaji!!

Sekian ini saja bebelan aku untuk topik ini,aku kata apa yang perlu maka anda buat apa yang patut.Bagi yang terasa reancam tu, inilah akibat kerana kerakusan dan kelalaian anda,yang berniat nak cari aku, lupakan saja......hehehehehehhe

No comments:

Post a Comment