Total Pageviews

Wednesday, June 22, 2011

OPERASI dalam REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA


Berikut adalah nama nama operasi yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia secara rata,namun ada beberapa operasi yang terpaksa di rahsiakan kerana menyentuh kepada ketegangan....

Tentera Darat
Rejimen Askar Melayu Diraja
a) 1 melayu-
OPERASI Kawasan Gerik, Perak-Operasi tersebut bermula pada 1947 hingga 1950 yang diketuai Oleh Lt Col G.R Garreet dan Lt Col G. T Denaro telah berjaya membunuh seramai 38 orang PGK dan menawan 12 PGK. Seorang anggota pasukan telah terkorban ialah Pbt Sulong bin Abdullah pada 9 Ogos 1949.
  -Operasi Kawasan Mentakab, Pahang-Operasi tersebut bermula pada Jan 50 hingga Feb 1952 yang diketuai oleh Lt Col S. Whitting telah berjaya menbunuh 15 orang PGK dan menawan 13 orang PGK manakala anggota pasukan yang terkorban seramai 4 orang.
-Operasi Kawasan Negeri Sembilan-Operasi tersebut bermula Jan 1951 hingga Feb 1951 yang diketuai oleh Lt Col S. Whitting telah berjaya membunuh seramai 28 orang dan menawan 15 PGK manakala anggota pasukan yang telah terkorban seramai 12 orang.
-Operasi Kawasan Pahang-Operasi tersebut bermula Dis 1951 hingga Feb 1952 juga diketuai oleh Lt Col S. Whitting di mana pasukan telah berjaya membunuh 6 dan menawan seoarang PGK. Tiada berlaku kehilangan jiwa di pihak pasukan.
-Operasi Kawasan Kluang, Johor-Operasi tersebut bermula Mac 1952 hingga Mac 1953 yang diketuai oleh Lt Col S. J. Linden Kelly di mana pasukan telah berjaya membunuh 10 PGK manakala 2 orang anggota pasukan telah terkorban.
-Operasi Kawasan Batu Gajah, Perak-Operasi tersebut bermula pada Apr 1953 sehingga Mac 1953 yang diketuai oleh Lt Col S.J Linden Kelly dan Lt Col D.G Jebb di mana pasukan telah berjaya membunuh 12 PGK dan menawan 2 PGK manakala anggota pasukan yang terkorban seramai 4 orang.
-Operasi Kawasan Kepala Batas, Kedah-Operasi bermula Mei 1955 sehingga Dis 1960 yang diketuai oleh Lt Kol D.G Jebb dan Lt Col C. A. Morris di mana pasukan telah berjaya membunuh 14 PGK dan menawan 6 PGK manakala seorang anggota pasukan terkorban.
-Operasi Jalan Raja, Lada Pedas Dan Pukat-Operasi ini dijalankan di kawasan Nonok, Bukit Lan dan Entabai, Sarawak mulai Jan 1970 hingga Sep 1970 yang diketuai oleh Lt Kol Abdul Hamid bin Ibrahim di mana pasukan telah berjaya membunuh seramai 23 anggota Pasukan Gerila Rakyat Sarawak dan 11 orang berjaya ditahan.
-Operasi Indra IV -Operasi ini dijalankan di kawasan Karak, Pahang pada 30 Nov 1974 sehingga 20 Dis 1974 yang diketuai oleh Lt Kol Syed Alwee Al Airos. Pasukan telah berjaya membunuh seorang pengganas bernama CT Ah Tok
-Operasi Indra V-Operasi ini dijalankan di kawasan Raub, Pahang pada Ogos 1977 sehingga Nov 1977 yang diketuai oleh Lt Kol Abdul Malik bin Hj Ismail. .5 PGK mati.

3 melayu-PERISTIWA SUNGAI SEMUR-Pertempuran ini berlaku di Sungai Semur, Hulu Kelantan di kawasan Gua Musang pada 23 Mac 1950. Peristiwa ini menyaksikan Platun 12 Kompeni D yang diketuai Lt M Hassan bin Yasin berkekuatan 26 anggota telah diserang hendap oleh pengganas komunis berkekuatan 250 orang. Di dalam pertempuran ini, 17 anggota terkorban semasa pertempuran termasuk Lt Hassan. Lapan lagi anggota yang mengalami kecederaan telah meninggal dunia kemudian. Hanya tiga anggota sahaja yang tidak mengalami sebarang kecederaan. Manakala di pihak pengganas komunis pula dianggarkan 30 orang telah mati.
-GERAKAN DI PAHANG-Pada tahun 1952, pasukan diaturgerak ke negeri Pahang bagi melaksanakan tugas gerakan selama setahun. Markas Batalion ditempatkan di Gali, manakala Markas Taktikal di Raub. Dalam masa setahun di Pahang, pasukan telah memperoleh banyak kejayaan, iaitu telah membunuh seramai 14 orang pengganas komunis dan merampas banyak kelengkapan, dokumen serta makanan musuh.
-GERAKAN DI KELANTAN- Jan 1955, pelbagai peristiwa telah berlaku. Antaranya, Pbt Yaakob yang terkorban ditembak pengganas pada 27 Jul 1953 serta kejayaan Kompeni B membunuh tiga pengganas komunis semasa serang hendap dalam tahun yang sama. Pada 5 Mac 1954, Kompeni B yang diketuai oleh Mej Brown telah membunuh tiga lagi pengganas komunis semasa serang hendap di Pasir Kelang, Kuala Krai, Seterusnya, pada 15 Okt 1954, kompeni campuran yang diketuai oleh Mej Brown telah berjaya membunuh lima orang pengganas komunis yang dipercayai terlibat di dalam pertempuran di Sungai Semur.
Bulan Januari 1955 di mana satu serang hendap yang diketuai oleh Mej Brown telah berjaya membunuh tiga pengganas komunis. Namun demikian, pasukan telah kehilangan seorang anggota iaitu 4024 Sjn Khalil bin Burok.
-GERAKAN DI PERAK- Sepanjang bertugas di Perak, pasukan telah membuat tugas gerakan di kawasan Parit, Bota dan Tanjung Tualang. Diantara kejayaan pasukan semasa di Perak adalah pada bulan Nov 1955, pasukan berjaya menawan seorang pengganas. Pada 4 Dis 1955, pasukan berjaya menawan sebuah khemah musuh berserta alat percetakan. Pada 23 Dis 1955, pasukan berjaya membunuh tiga orang pengganas semasa serang hendap. Pada 21 Feb 1957, Platun 8 telah berjaya membunuh empat pengganas komunis di Tronoh. mengutus ucapan tahniah Semasa pasukan melaksanakan “Gerakan Bintang” pada awal tahun 1958, pasukan telah berjaya membunuh Tien Kei,
Gerakan Bintang menyaksikan pasukan berjaya membunuh seramai 60 pengganas komunis. 1961.
-GERAKAN DI SABAH dan PERISTIWA KALABAKAN -Peristiwa ini menyaksikan seorang pegawai dan tujuh anggota terkorban manakala 16 yang lain Rentetan dari pertempuran ini, sehingga 12 Jan 1964, seramai 22 orang musuh dibunuh dan ramai ditawan. Pada 27 Jan 1964, Platun 5 yang diketuai Lt M Ishar telah bertempur dengan musuh. Seorang tentera Indonesia terbunuh, manakala dua pucuk senapang, 12 grened dan banyak peluru dirampas. Pada 28 Jan 1964 pula, Platun 6 yang diketuai Lt M Abdul Aziz telah membuat serang hendap di Estet Merutai dan berjaya membunuh tiga orang musuh. Seorang lagi musuh telah dibunuh semasa serang hendap pada 19 Apr 1964.
-GERAKAN DI SARAWAK- Simanggang ( Mei 66 – Jun 67 dan Jan 68 – Jul 69). Semasa bertugas di Simanggang, pasukan telah berjaya membunuh seramai tujuh pengganas komunis , Ogos 1974 hingga Jun 1975. Semasa Gerakan Chincang di Sarawak, pada 22 Okt 1974 jam antara 0500 sehingga 0600, . mereka telah berjaya membunuh seramai 5 orang musuh.
-GERAKAN DI KEDAH-jul 1969, gerakan Op Gubir dan Op Kota Bravo yang bertanggung jawab menjaga perbatasan Malaysia/Thailand. Di dalam gerakan ini, pasukan berjaya membunuh enam PGK dan mencederakan yang lain. . Pada 8 Sep 1973, ketika Gerakan Sedar di kawasan Kulim, satu seksyen batalion ini bertempur dengan kira kira 15 anggota komunis yang membawa kepada kematian ketua platun serta seorang komunis. Semasa Gerakan Chincang di Sarawak, pada 22 Okt 1974 jam antara 0500 sehingga 0600, platun yang diketuai oleh Lt M Abdullah bin Dolmat telah bertempur dengan musuh. Dalam pertempuran tersebut, mereka telah berjaya membunuh seramai 5 orang musuh. Satu lagi peristiwa adalah semasa melaksanakan tugas Gerakan Gubir di kawasan Sik dan Baling, pesawat Nuri yang dinaiki anggota telah ditembak jatuh oleh komunis pada 26 Apr 1976. 2 anggotaterkorban
6 melayu- Semasa insurgensi- Pada Sep 1953, 2 PGK dibunuh dalam Operasi HAWK 3 di Raub, Pahang. Pada Dis 1956, 2 anggota berjaya menggagalkan cubaan merampas kenderaan yang telah diserang hendap di Jalan Bentong- Mancis. Kejadian tersebut juga telah mengorbankan 8 orang anggota batalion ini.Pada Jun 1973, Kapt Sani bin Hassan (410094) KPK, Lt M Abd Wahid bin Said (410775) KPK dan Kpl Mohamad bin Muda KPK telah berjaya membunuh 2 orang PGK semasa Ops SETIA di Sungai Siput, Perak ketika membuat serangan ke atas khemah musuh. Pada Jun 1980, Kpl Wan Zain bin Wan Yahya HTS. Sek yang di ketuai oleh beliau telah berjaya membunuh seorang PGK semasa Ops SETIA Ringlet di Cameron Highland. Pada Jun 1984, Sjn Zainuddin bin Ngah KPK. Pl yang di ketuai oleh beliau telah berjaya membunuh 2 PGK semasa Ops KOTA FOXTROT, Belum, Grik, Perak.
-Semasa konfrantasi-Pada Jul 1957, berjaya membunuh dan menawan seorang PGK semasa operasi di daerah Kuala Selangor. Pada Jun 1965, berjaya membunuh 4 penyusup Tentera Indonesia di Kg Pradin, Pontian, Johor semasa konfrontasi.Pada Jun 1965, berjaya menawan 9 orang penyusup Tentera Indonesia di Labis, Johor . Pada Jun 1965, Mohd Yunus , berjaya membunuh 7 orang Tentera Indonesia

7 melayu- insurgensi komunis- 14 Jan 1954, seramai 3 PGK telah dibunuh. 14 Mei 1957, seramai 18 PGK telah dibunuh di lokasi Jelebu, Negeri Sembilan. Kemudian pada 03 Jul 1957, seramai 3 PGK telah dibunuh dan seorang ditangkap . Diikuti pada 14 Mei 1961, Kompeni A dengan bantuan Lincoln Bomber No 1 Sqn RAAF telah mengebom musuh di KM 5 Jelebu dan telah membunuh 18 PGK. Manakala pada Sep 1966, dua orang TNKU telah dapat ditawan di kawasan Merotai,tawau

8melayu- Sarawak dan Pahang Barat (Bentong) 1963 berjaya membunuh 35 orang pengganas komunis dan 22 orang berjaya ditawan. manakala 9 orang anggota pasukan telah gugur dan 21 orang mengalami kecederaan. Operasi MUSI JUGAN pada 1 Nov 1970, Platun Tiger . bertempur di Tanjung Durian, Bau, Sarawak .dalam pertmpuran itu seorang anggota maut manakala seorang cedera .pihak musuh seorang maut.8Jun 1982,2 anggota komunis dibunuh dalam pertempuran di ladang kemasul mengkarak pahang . Operasi INDERA di Pahang Barat. - 3 anggota pasukan ini dianugerahkan PISAU KOMANDO.25 mac 1986,seorang komunis mati di Bentong.-
Op MUSI JUGAN-seorang anggota terkorban, 1 Gudak, Op HENTAM-5 anggota terkorban, Op KOTA-seorang anggota terkorban manakala 2 tutut terkorban dalam OP INDERA
9 melayu- Operasi Kelong II iaitu pada 11 Ogos 69 di mana pasukan telah berjaya membunuh 4 orang anggota komunis (PGK) Pada 17 Januari 72 pula dalam Operasi SERGAP bawah naungan 6 a membunuh seorang anggota komunis dan mencederakan seorang komunis Operasi KERIS XI pada 23 Mac 79 bertempat di Matang Sempadi, Sarawak, di mana 3 orang anggota komunis telah berjaya dibunuh dan seorang telah mengalami kecederaan. Operasi RASKAL III iaitu pada 10 Sep 78, seorang lagi anggota komunis telah berjaya dihapuskan dan seorang lagi telah tercedera.
11 melayu-OpKOTA,pada 25 mei 1970,3 orang komunis dibunuh.OPS FIASCO pada 30 mei 1971 di lundu sarawak,2 komunis sarawak dibunuh,16 jun1971 2 agen komunis sarawak ditangkap.1julai 1971 ops fiasco II,bertempat di lundu, 7 agen komunis sarawak ditahan.OPS AWAS kumpulan perompak indonesia di kandai pada 16 mei 2002 dilakukan,hasilnya kumpulan perompak lumpuh sama sekali
15 melayu- Operasi KOTA DELTA di kawasan Klian Intan, Perak iaitu pada 27 Ogos 71, anggota pasukan telah berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis - Operasi SELAMAT SAWADI di kawasan Betong, Selatan Thailand pada 18 Dis 79, anggota pasukan telah berjaya membunuh seorang pengganas komunis wanita.
17 melayu- ops RASCOM pada Apr 1973.7 anggota komunis dibunuh,pada 10 april 1975,4 anggota batalion ini cedera diserang oleh komunis yang berkekuatan lebih 30 orang dalam ops GUBIR,dan OPS GUBIR 2 dilakukan dimana 6 anggota komunis dibunuh namun seorang anggota batalion ini maut.-Op Kota Delta  dan Op Kelong IV, pasukan telah berjaya membunuh 2 orang lagi PGK. April 1978 berjaya membunuh 7 orang anggota PGK di Sarawak  dan 10 orang di Semenanjung Malaysia.
20 melayu- OP INDERA XII i Bentong, Pahang telah berjaya menembak mati 2 orang Pengganas Komunis (PGK) di kawasan Bukit Tengah pada 6 Mei 1979. .Pada 27 September 1980 semasa OP INDERA II di Raub,  berjaya membunuh seorang komunis .
21 melayu-Operasi BELASAH Siri 5/93 di Pulau Tambisan, Sabah, 2 orang lanun terbunuh dan 3 orang lanun lagi tercedera dan ditangkap.
24 melayu - OP INDERA XII pada 25 Jun 1979,3 komunis berjaya dibunuh. Jun 1979,seorang komunis dibunuh

Tak lupa juga disini aku senaraikan antara opersi operasi yang dibuat oleh kalangan askar melayu yang tak dapat diberikan maklumat atas beberapa faktor,bahkan beberapa operasi berisiko tinggi juga dihapuskan data datanya.Antara operasi yang wujud tapi dirahsiakan ialah.

Congo (United Nation Peacekeeping Force In Belgian Congo) pada 13 Sep 1960-13 Jul 1961.-  Hartal di Pulau Pinang,- Maulud Nabi di Singapura -13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.-  Op Kota Delta -Operasi JALA RAJA - op PENGHANCURAN, BURU, HENTAM  -op GAWAI -misi Khas Bantuan Pemulihan Ketenteraman Awam Khas Timor Leste. -Ops KOTA DELTA,- Ops SCHEARHEAD,- Ops KOTA ALPHA,- Ops GERAP-, Ops YAKIN V-, Ops KOTA ECHO-, Ops RASKAL,- Ops INDRA 1, II dan III - Ops SERGAP-Ops BANDING- Ops INDRA XII- Ops HENTAM GALAS- Ops LUKAH RAJA- Ops INDERA-Ops CAMPUR-, Ops KOTA GOLF-Ops KOTA GRIK- Ops PAKSI SARE- Ops PANGKALAN HULU- Ops SERAMPANG/JAGAKAWAN-Ops PIPI SIRI 3/95-Ops PANCUNG ALPHA-misi  UNTAC - OP Pasir Sektor Selatan - MALBATT-UNPROFOR di Bosnia Herzegovina - MALCON-UNIFIL 1 dan 2-Operasi KOTA GOLF/HOTEL-Operasi BANJIR-Operasi RADAK- Operasi IBLIS, Operasi KOTA ALPHA- Operasi HORNBILL, Operasi PAYONG-, Operasi KOTA DELTA-Operasi SETIA VIII- Operasi KOTA FOXTROT-, Operasi KOTA GOLF-Operasi INDERA XI KHAS- Operasi NGAYAU-Operasi GANZALES IV-Operasi HENTAM GALAS KHAS-Operasi INDERA XII-Operasi LUKAH RAJA- Operasi KOTA ECHO V/806 BRAVO- Operasi TUAH- Operasi INDERA- Operasi INDERA SANG LEE- Operasi IDAMAN KHAS- Operasi IDAMAN 2/88- Operasi BELIONG III TAHAP II- Operasi SERAMPANG 12/88-, Operasi KOTA CHARLIE DELTA 3/96- Operasi MERPATI 3/97-Operasi KRIS PARANG GABUNGAN 1/98-misi UNTAG -misi INTEFET.-  Op Doayai Musnah-Op Indera- Op Para Bala I- Op Hentam Tuan Besar I dan Ii- --Op Selamat Sawade 791/792, --Op Sedar-Op Campur,- -Foxtrot 3/07-Op Kota Charlie/Delta 5/85- Op Paksi Tuan 1/87- Op Setia 5/87- Op Idaman 1/88- Op Serampang 9/88- 1/89- 4/89- 2/90-, Op Serampang/Jangkawan 7/89-Op Kota Charlie/Delta 4/91- 3/93,3/94,6/94- Op Kota Bravo 1/92-Op Merpati/Pipi, Op Kota Bravo/Charlie/Delta 2/98,2/01,5/03-Op Pasir 4/2001-Op Pagar Ii Siri 6/02- Op Pasir Utara 2/04 - Op Merpati Idan Ii-Operasi Bongsu-Operasi GANAS- Operasi SETIA VIII-Operasi KOTA CHARLIE-Operasi KANCIL, -, Operasi 797-Operasi GERAK SEDAR, -Operasi SEDAR-Operasi GUBIR/LENGGONG, Operasi SEDAR 4/85- Operasi SETIA-Operasi KOTA CHARLIE/DELTA, Operasi TAK SIN 8601-Operasi KOTA CHARLIE/DELTA 4/86 -Operasi KOTA ECHO 2/84-Operasi KOTA BRAVO PAGAR-Operasi MERPATI 1/2001 -Operasi UNOSOM II -misi menyelamatkan Hakim Markas UNOSOM dan wartawan -OP PAKSI TUAH 1/88 -
-OP BAMBOO - Operasi 8903 Bravo -Operasi Khas Sedar Lenggong 5/82 -Operasi Sandakan -Operasi Jala Aman-Operasi Ulu Perak-Operasi Kota Echo Sg Kenabong- Operasi Kota Echo Pegkalan Hulu 6/88-Operasi Paksi Setia-Op Keris 14-Op Khas Keris, Op Parang/Gabungan-Op Keris Parang/Gabungan-Op Ngayau Kenyalang- Op Ukur-Op Kemudi Ii- Op Keris Kartika Iv- Op Khas Kong Hee-Op Jalan Aman I/Ii-Op Jala Aman Iii/Iv- Op Indera 5/84- Op Kota Bravo 3/92-Op Kota Charlie/Delta 6/93- Op Asli 2/94- Op Balasah 1/95-Op Balasah 2/96-Op Balasah 4/96- Op Bayu-Op Balasah 1/97-Op Merpati-Op Balasah 3/97, Op Merpati 3/97- Op Balasah 2/98-Op-merpati 2/98- Op Balasah 5/98- Op Balasah 1/99-Op Balasah 4/99-Op Balasah 6/99, Op Pasir-Op Balasah 3/2000- Op Pasir 3/2000-Op Kongkoi 1/2001-Op Merpati 3/2001-Op Merpati 1/2002-Op Kongkoi 3/2002-Op Kongkoi 1/2003-Op Merpati 2/2003-Op Kongkoi 4/2003- Op Kongkoi 2/2004-Op Merpati I dan Ii 6/2004-Op Merpati I Dan Ii 5/2005 - Op Pasir Bersama Sektor (Utara) 1/2007

Selepas ini aku buat rekod untuk rejimen renjer diraja...
-

No comments:

Post a Comment