Total Pageviews

Wednesday, June 15, 2011

Nuklear Dan Angkatan Tentera Malaysia



Nuklear merupakan sesuatu aset anugerah yang tercipta untuk manusia yang mendatangkan kebaikan serta keburukan,namun tak dapat lari atau terpisah dari tentera terutamannya.Walau apapun tujuan sesuatu pembangunan nuklear maka tentera juga harus siap sedia.,memandangkan nuklear kini menjadi altenatif dunia untuk hasilkan tenaga memandangkan hasil bumi semakin berkurangan,malaysia juga tak terkecuali.

Di malaysia semenjak 1982,telah membangunkan dan mengunakan nuklear jenis generasi ke tiga iaitu TRIGA untuk elektrik,sehingglah baru baru ini perdebatan di media soal kerasionalan pembangunan nuklear di malaysia menjadi jadi bahkan menjadi modal politik.

Wikileaks sendiri telah membongkar bahawa ada 2 syarikat swasta malaysia yang didapati berkerjasama dengan iran melalaui program nuklear tambahan pula di laman blog ketenteraan militaryofmalaysia juga telah menulis dimana di waktu ujikaji pertama senjata dan kuasa nuklear pakistan,perdana menteri malaysia waktu itu Tun Mahathir Mohammed dijemput pada majlis tersebut.

Perancis dan Korea selatan yang merupakan ''kuasa '' nuklear dunia juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudi membantu malaysia dalam program malaysia ini.Namun apa yang pasti tentera malaysia tak terlepas dalam tanggungjawab-ini bukan soal pembangunan senjata....

Apapun tujuan nuklear yang akan dibangunkan,keselamatan kawasan loji nuklear tersebut wajar dibawah seliaan dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia,sama seperti yang berlaku di mana mana negara yang memiliki loji loji nuklear,didalam waktu aman, perang atau selepas perang.

“-untuk melemahkan musuh perkara awal iaialah mensabotaj ekonomi,politik,tenaga.air,telekomunikasi,serta kawasaan strategik”

Sejarah mencatatkan,mana mana pihak bertelagah akan mensabotaj dan memusnahkan “aset “penting musuh,dan ia dapat mengkucar kacirkan musuh serta melemahkan musuh sama sekali.

Tak kira dalam keadaan apa sekali punnteralah yang harus pikul tanggungjawaab untuk menjaga sesebuah negara.Sebagai contoh serangan serangan yang dilakukan keatas negara yang memiliki loji nuklera adalah seperti berikut:-

waktu “aman”-
a)30 september 1980 – 2 pesawat f-4 milik iran telah serang reaktor Iraq.
b)7 jun 1981- (OPERASI BABYLON)tentera israel (melibatkan 8 pesawat pengebom jenis F16A,6 pesawat pejuang pengiring jenis F15A) telah menyerang realtor di Iraq di lokasi Osirak.
c)-6 september 2007-Operasi Orchard dilakukan iaitu tentera israel(pesawat jenis F151,pesawat jenis F161,pesawat risikan elektronik-ELINT,team komando Sayeret dan team komando Shaldaq) telah serang reaktor nuklear milik Syiria.

Waktu perang-
a)Dalam perang dunia ke-2,pihak Berikat telah mensabotaj loji penghasilan air berat ”deuterium oxide” Norway,bertujuan melambatkan projek senjata Nuklear milik NAZI JERMAN.
b)28 febuari 1943,Operasi Gunnerside telah dilakukan dengan begitu berkesan dan berjaya.
c)13 april 1945,fasiliti nuklear jepun di bom oleh BERIKAT.

Semua diatas adalah serangan dan sabotaj yang dilakukan oleh pihak bertelagah, pihak berseteru atau pihak yang saling simpan dendam...ia baru dalam fasiliti tenag, bagaimana fasiliti ekonomi atau telekomunikasi?.

Apa yang dapat di rumuskan di sini apa yang wajib ada adalah aset pertahanan yang moden serta mantap untuk menjaga kawasan kawasan “aset penting-sensitif” ,melatih khas tentera untuk mengendalikan loji atau “aset penting-sensitif” dalam keadaan aman dan perang agar tak mengganggu perjalanan dalan menumpukan kemenangan peperangan nanti....jika tidak,kita akan hancur atau ''menang tapi rugi'....

Di dalam keadaan yang makmur sekarang,semua harus diambil kira dan disediakan agar memastikan selepas perang kita mampu berdiri cepat.

Perkataan 'TIDAK' kepada usaha nuklear itu adalah satu perkara bodoh, kerana buat masa kini nuklear adalah pilihan utama memandangkan
-Kawasan kita bukan kawasan 'lingkaran api pasifik'
-Pengalaman mengendalikan tenaga nuklear jenis Triga
-Ketelusan kita berterus terang apa jenis yang kita nak bangunkan dan sudi diperiksa oleh badan pemantauan tenaga dunia.

Oleh yang demikian,segala yang dirancangkan perlulah disokong dengan keselamatan bukan sahaja keselamatan pekerja namun keselamatan keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment