Total Pageviews

Monday, June 13, 2011

ISA bhg 1-(Tafsiran)


Apa itu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960? sekarang aku nak terangkan(Mungkin ada yang sudah dipinda pada9 julai2011)...

Tafsiran
. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain—
amunisi” ertinya amunisi bagi mana-mana senjata api sebagaimana
yang ditakrifkan kemudian daripada ini dan termasuklah grenad,
bom dan misil serupa yang lain sama ada boleh digunakan
dengan senjata api sedemikian atau tidak dan apa-apa amunisi
yang mengandungi atau direka bentuk atau disesuaikan
supaya mengandungi apa-apa cecair, gas atau benda lain yang
berbahaya;
angkatan keselamatan” termasuklah Polis Diraja Malaysia,
Pasukan Simpanan Polis Sukarela, Polis Tambahan, orang yang
ditauliah atau dilantik di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Pasukan
Polis Khas) 1948 [P.W. 1694 tahun 1948] angkatan bersenjata,
mana-mana angkatan tempatan yang ditubuhkan di bawah manamana
undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia, dan
mana-mana angkatan yang merupakan angkatan pelawat bagi maksud
Bahagian I Akta Angkatan Pelawat 1960 [Akta 432], dan yang
berkenaan dengannya segala atau mana-mana kuasa yang boleh
dijalankan oleh angkatan bersenjata atau anggotanya di bawah
Akta ini telah dijadikan boleh dijalankan melalui suatu perintah
yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang sedemikian;
bahan letupan” hendaklah mempunyai erti yang diberikan
kepadanya dalam Akta Bahan Letupan 1957 [Akta 207], dan
termasuklah apa-apa bahan yang disifatkan sebagai bahan letupan
di bawah Akta itu;
bekalan” termasuklah amunisi, bahan letupan, senjata api, wang,
makanan, minuman, pakaian, ubat, dadah dan apa-apa jua pun
storan, peralatan, komoditi, barang atau benda lain;
Daerah Polis” mempunyai erti yang sama seperti “daerah polis”
dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
dokumen” termasuklah apa-apa bahan yang di atasnya dicatatkan
apa-apa perkara, sama ada dengan huruf, angka, tanda, rupaan
gambar atau rupaan lain, atau dengan lebih daripada satu cara
sedemikian;
jalan raya awam” ertinya mana-mana lebuh raya awam atau
mana-mana jalan raya yang ke atasnya orang awam mempunyai
hak lalu-lalang atau diberikan akses, dan termasuklah setiap jalan
raya, jalan, jambatan, laluan, lorong kaki atau medan yang ke
atasnya orang awam mempunyai hak lalu-lalang atau diberikan
akses;
kawasan bahaya” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan
sebagai kawasan bahaya di bawah seksyen 48;
kawasan keselamatan” ertinya mana-mana kawasan yang
berkenaan dengannya suatu proklamasi di bawah seksyen 47 sedang
berkuat kuasa;
kawasan terkawal” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan
sebagai kawasan terkawal di bawah seksyen 49;
keraian” ertinya apa-apa permainan, sukan, lipur, konsert atau
apa-apa jenis hiburan yang kepadanya orang awam mempunyai
atau dicadangkan mempunyai akses dan yang dalamnya orang
awam boleh atau tidak boleh mengambil bahagian, sama ada dengan
bayaran atau selainnya;
kesalahan terhadap Akta ini” termasuklah sesuatu kesalahan
terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71;
Ketua Pegawai Polis” termasuklah seorang Timbalan Ketua
Pegawai Polis dan mana-mana pegawai polis yang pada masa ini
diberi kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa itu dan
melaksanakan tugas yang diberikan atau dikenakan ke atas seorang
Ketua Pegawai Polis oleh Akta ini dan dalam pemakaian Akta ini
bagi Sabah dan Sarawak, sebutan mengenai Ketua Pegawai Polis
hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Penguasa Polis
Bahagian;
Ketua Polis” ertinya Ketua Polis Negara dan berhubung dengan
Sabah dan Sarawak, termasuklah Pesuruhjaya yang mengawal anggota
Polis Diraja Malaysia dalam setiap Negeri itu;
“Lembaga Penasihat” ertinya lembaga penasihat yang ditubuhkan
di bawah Perkara 151(2) Perlembagaan Persekutuan;
pameran” termasuklah tiap-tiap pertunjukan barangan, buku,
gambar, filem atau artikel yang kepadanya orang awam mempunyai
atau dicadangkan mempunyai akses, sama ada dengan bayaran
atau selainnya;
pegawai polis” termasuklah seorang pegawai polis simpanan,
seorang pegawai polis tambahan dan seorang pegawai polis khas
yang dilantik mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang
sedang berkuat kuasa;
penaja” dalam hal sesuatu keraian atau pameran yang ditaja
oleh sesuatu pertubuhan, termasuklah setiausaha dan pegawai
pertubuhan itu, dan dalam hal sesuatu pertubuhan yang dikelolakan
atau mempunyai ibu pejabatnya di luar Malaysia, pegawai pertubuhan
itu yang berada di Malaysia;
penerbitan” termasuklah segala bahan bertulis, bergambar atau
bercetak, dan semua benda daripada jenis yang serupa dengan
bahan bertulis atau bercetak, sama ada atau tidak mengandungi
apa-apa rupaan nyata, atau yang dengan rupanya, bentuknya, atau
dengan apa-apa cara lain boleh membayangkan perkataan atau
idea, dan setiap salinan, terjemahan dan cetakan ulangan atau
sebahagian besar terjemahan atau cetakan ulangan sebahagian atau
keseluruhan sesuatu penerbitan;
penerbitan berkala” termasuklah setiap penerbitan yang
dikeluarkan secara berkala atau mengikut bahagian atau bilangan
pada lat tempoh, sama ada tetap atau tidak tetap;
pengganas” ertinya mana-mana orang yang—
(a) dengan menggunakan senjata api, bahan letupan atau
amunisi bertindak dengan cara yang memudaratkan
keselamatan awam atau penyenggaraan ketenteraman awam
atau mengapikan keganasan atau mengesyorkan keingkaran
undang-undang atau mana-mana perintah yang sah;
(b) membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah
kawalannya apa-apa senjata api, amunisi atau bahan letupan
tanpa kuasa yang sah baginya; atau
(c) menuntut, memungut atau menerima apa-apa bekalan untuk
digunakan oleh mana-mana orang yang bercadang hendak
atau yang hampir bertindak, atau baru-baru ini telah
bertindak, dengan cara yang memudaratkan keselamatan
awam atau penyenggaraan ketenteraman awam;
senjata api” ertinya apa-apa jenis senjata maut berlaras yang
daripadanya apa-apa letusan, peluru atau misil lain boleh dilepaskan
atau yang boleh disesuaikan untuk melepaskan apa-apa letusan,
peluru atau misil lain yang sedemikian dan apa-apa senjata daripada
apa jua pun perihalan yang direka bentuk atau disesuaikan bagi
melepaskan apa-apa cecair, gas atau benda lain yang berbahaya
dan termasuklah apa-apa bahagian komponen mana-mana senjata
yang disebut terdahulu;
tempat awam” termasuklah mana-mana lebuh raya, jalan awam,
jalan raya awam, taman atau taman bunga awam, mana-mana pantai
laut, terusan air, jambatan awam, lorong, lorong kaki, medan,
halaman, jalan kecil atau laluan, sama ada jalan tembus atau tidak,
mana-mana tanah bukan beri hakmilik, mana-mana estet getah,
mana-mana ladang, mana-mana tanah yang diberi hakmilik bagi
maksud pertanian atau perlombongan, mana-mana teater atau tempat
keraian awam daripada apa-apa jenis atau tempat tumpuan umum
yang lain yang dikenakan bayaran untuk masuk atau yang kepadanya
orang awam mempunyai akses, dan mana-mana kawasan lapang
yang kepadanya orang awam telah mempunyai akses atau dibenarkan
mendapat akses pada masa ini, sama ada dengan bayaran atau
sebaliknya;
tempat terkawal” ertinya mana-mana tempat atau premis yang
berhubungan dengannya suatu perintah yang dibuat di bawah
seksyen 50 sedang berkuat kuasa;
tuan punya” termasuklah pemunya, penyewa atau orang lain
yang memiliki atau mengawal premis dan mana-mana orang yang
menerima bayaran bagi penggunaan premis.

No comments:

Post a Comment